fb fb fb fb fb

KPDNHEP Perak sita 1,147 unit pakaian, kasut berjenama tiruan

IPOH, 20 Mei Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menyita sebanyak 1,147 unit pakaian dan kasut berjenama tiruan yang dianggarkan bernilai RM34, 410 dalam operasi pada 19 Mei lepas.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman dalam satu kenyataan memaklumkan, serbuan dilakukan di sebuah premis kediaman rumah teres satu tingkat di Taman Chempaka di sini. 

Hasil pemeriksaan, pihak KPDNDEP menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an yang mengaku sebagai pemilik premis

(KPDNHEP Perak sita 1147 unit pakaian dan kasut berjenama tiruan/KPDNHEP)

Kes disiasat bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu ‘mana-mana orang yang mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan, apa-apa barang-barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100’.

Media Baharu