fb fb fb fb fb

Operasi Teknikal dan Pelbagai: JPJ Johor keluarkan 142 notis

JOHOR BAHRU, 20 Mei- 142 notis melibatkan 190 kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor kepada pengguna jalan raya menerusi Operasi Teknikal dan Pelbagai di susur Lebuh Raya Pasir Gudang–Pusat Bandar, di sini.

Timbalan Pengarah JPJ Johor, Mohd Edir Sanip berkata, sejumlah 691 kenderaan diperiksa sepanjang operasi yang bermula 8 malam semalam.

"Antara kesalahan utama ialah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Selain itu kita juga mengesan kesalahan nombor pendaftaran tidak ikut spesifikasi dan cermin gelap," katanya di sini.

(Pemeriksaan dilakukan terhadap pengguna jalan raya menerusi Operasi Teknikal dan Pelbagai
di susur Lebuh Raya Pasir Gudang–Pusat Bandar Johor Bahru)

Tambah beliau, JPJ Johor akan terus melaksana operasi penguatkuasaan bagi memastikan  peraturan dan undang-undang dipatuhi, seterusnya menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Media Baharu