fb fb fb fb fb

TLDM patahkan cubaan bawa masuk empat PATI di Tanjung Pengelih

KOTA TINGGIT, 20 Mei - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menggagalkan cubaan masuk empat pendatang tanpa izin (PATI) di Tanjung Pengelih, Kota Tinggi, Johor, malam semalam.

Turut ditahan, seorang tekong warga tempatan.

Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat menerusi kenyataan memaklumkan, mereka ditahan kerana mencerobohi negara ini melalui jalan laut yang tidak
diwartakan.

(FOTO TLDM)

Pihaknya mengesan kehadiran bot mencurigakan dari Pasir Gudang menuju Tanjung Pengelih, dipercayai lokasi mendaratkan PATI.

Suspek berusia 20 hingga 40 tahun ditahan untuk tindakan lanjut.

Media Baharu