fb fb fb fb fb

Fasa pertama BMTKM, 10 lokaliti di Sabah dikenal pasti

KOTA KINABALU, 20 Mei- 10 lokaliti di Sabah dikenal pasti di bawah fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) iaitu di Tongod, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort dan Ranau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri sedang menyelaras dan memudah cara BMTKM.

"Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), kerajaan menetapkan sasaran sifar miskin tegar pada akhir tahun 2025.

Justeru, kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan kerjasama kerajaan negeri dan pejabat daerah bagi mendapatkan input semua pihak, termasuk peringkat akar umbi bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai," katanya ketika berucap sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di SICC)

Tambah Datuk Seri Ismail Sabri, sebelum ini program basmi kemiskinan dilaksana secara ‘silo’ di hampir semua agensi terbabit.

Namun di bawah program BMTKM, EPU dan ICU ditugaskan sebagai penyelaras, menggabungkan semua pihak terlibat seperti kementerian, kerajaan negeri, ahli akademik, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO).

Ia bagi mencari kaedah terbaik menghapuskan miskin tegar secara holistik berasaskan lokaliti.



Media Baharu