fb fb fb fb fb

KPDNHEP Melaka catat nilai rampasan RM4.5 juta

AYER KEROH, 18 Oktober- Sebanyak RM4.5 juta nilai rampasan direkodkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PKDNHEP) Melaka dari 29 Jun hingga Ahad lalu sejak penubuhan Jawatankuasa Jihad Tangani Inflasi.

Nilai kompaun sebanyak RM32,000 direkodkan sepanjang tempoh berkenaan.

Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar berkata kebanyakan nilai rampasan dan kompaun berkenaan melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

"Kita ada 90 orang anggota penguat kuasa, kita ada juga mempunyai 23 pegawai pemantau harga. Pegawai pemantau harga ini akan bersama-sama dengan penguat kuasa akan bergerak di seluruh negeri Melaka.

Mereka akan memeriksa premis seperti pemantau harga ini pagawai-pegawai pemantau harga ini akan pergi ke pasar-pasar, mereka akan tengok jika ada berlaku kenaikan harga atau sebaliknya pada sesetengah barangan seperti ikan", katanya.

Sepanjang tempoh itu juga, kira-kira 6,000 premis telah diperiksa.


(Pengarah KPDNHEP Melaka, Norena Jaafar)

Media Baharu