fb fb fb fb fb

Kontraktor tempatan berkelayakan dijamin berpeluang laksana projek pembangunan

(Datuk Seri Ismail Sabri berucap pada majlis perasmian Konvensyen Kontraktor Bumiputera
2.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 18 Oktober- Kontraktor tempatan yang berkelayakan diberi jaminan akan mendapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek pembangunan negara, demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail.

Jelas beliau tuduhan kononnya perbelanjaan pembangunan sebanyak RM95 bilion hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja adalah tidak berasas sama sekali.

"Pelbagai tuduhan dilemparkan kononnya peruntukan yang besar ini akan menguntungkan pihak tertentu sahaja, saya memberi jaminan bahawa kontraktor Melayu bumiputera berkelayakan akan dapat peluang sebaiknya untuk membangunkan projek-projek pembangunan negara.

"Selain daripada itu, turut menyediakan inisiatif untuk kontraktor sebanyak RM500 juta khusus untuk kontraktor antaranya lagi melaksanakan kerja penyelenggaraan bagi persekitaran, jambatan kecil dan rumah ibadat satu infrastruktur yang rosak akibat banjir," kata Ismail Sabri dalam Majlis Perasmian Konvensyen Kontraktor Melayu 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-43 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia PKMM di ibu negara.

Dalam Bajet 2023 yang dibentangkan pada 7 Oktober lalu, peruntukan RM95 bilion yang dicadangkan merupakan yang tertinggi dalam sejarah dan merangkumi lebih 7,000 projek pembangunan.

Perdana menteri memaklumkan, kesemua kelebihan tersebut hanya dapat dinikmati sekiranya bajet ini dibentang semula selepas Pilihan Raya Umum ke-15 nanti sekiranya beliau mendapat mandat daripada rakyat.

(Datuk Seri Ismail Sabri (tengah) menerima resolusi daripada Datuk Seri Mohamed Fadzill
Hassan (kiri) pada majlis perasmian Konvensyen Kontraktor Bumiputera 2.0 dan Mesyuarat
Agung Tahunan Ke-43 PKMM/BERNAMA)

Media Baharu