fb fb fb fb fb

KPDN terima 623 aduan sepanjang 13 hari Ops Pantau

Datuk Azman Adam ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di Bazar Raya, Putrajaya

PUTRAJAYA, 25 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menerima 623 aduan sepanjang 13 hari Ops Pantau yang dilaksanakan pada 12 Mac sehingga 23 Mac lepas.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, daripada jumlah itu tiga negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur dan Johor mencatatkan aduan tertinggi daripada pengguna.

"Antara aduan yang banyak diutarakan pada kami adalah daripada segi keengganan peniaga untuk meletakkan tanda harga, ada juga mengenakan harga yang tinggi dan sebagainya,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Bazar Raya, Putrajaya malam tadi.

Dalam pada itu, katanya sebanyak 20,854 premis diperiksa di seluruh negara dan 84 kes direkod atas pelbagai kesalahan dengan nilai rampasan melebihi RM400,000.

Katanya, daripada jumlah itu tiga negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Sabah merekodkan kes paling tinggi.

"Kami sangat berharap dengan adanya aduan daripada orang ramai, pihak kami akan dapat mengambil tindkaan yang lebih pantas.

"Oleh sebab itulah kami lebih suka jika aduan-aduan berkaitan dengan ketidakpatuhan pengguna ini disalurkan terus kepada kami di KPDN,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE