fb fb fb fb fb

169 'menara tanpa kuali' di Sarawak diaktifkan, sedia internet 4G - Fahmi

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 25 Mac- Sebanyak 169 'menara tanpa kuali' (naked tower) atau menara tiada perkhidmatan internet 4G berjaya diaktifkan di Sarawak, setakat Jumaat lepas.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kejayaan substantif itu adalah berdasarkan keberkesanan perlaksanaannya sejak Januari lalu.

"Ini hasil daripada siri perbincangan yang diadakan bersama Kerajaan Negeri Sarawak dan syarikat-syarikat telco sewaktu saya berada di Sarawak pada sekitar Sambutan Hari Malaysia (September lalu). Ini adalah satu perkembangan yang subsentif.

"Sedikit perkembangan, daripada 600 menara - setakat ini 169 menara 'smart 600' telah menyediakan perkhidmatan 4G, setakat 22 Mac lalu.

"Ada sejumlah menara lain yang masih dalam proses siap, dalam pembinaan pindah ke lokasi baru dan ada juga 31 menara yang bertindih," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tambah Fahmi, sebanyak RM206.78 juta ringgit diperuntukkan bagi memastikan 600 menara yang telah dibina di Sarawak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Ia hasil kerjasama antara Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta syarikat telekomunikasi.

SITI AISHAH MD ISA