fb fb fb fb fb

KPDN pantau harga ikan di Pantai Timur

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil maklum keadaan cuaca tidak menentu di Pantai Timur menyebabkan berlaku kenaikan harga ikan di pasaran baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, pegawai dan penguat kuasa KPDN telah diarahkan supaya sentiasa memantau harga bekalan bagi mengelak pencatutan, selain peniaga tidak patuh harga ditetapkan.

"Memang berlaku kenaikan harga ikan, namun kita dapati dua tiga hari ini keadaan kembali stabil. Maknanya ada barang seperti sayuran, ikan memang bergantung pada keadaan cuaca.

"Keadaan penawaran yang kadang-kadang begitu tinggi tapi keadaan itu sementara dan akan turun dalam tempoh ertentu," kata Salahuddin kepada media selepas majlis perasmian Pameran Hadiah Malaysia edisi ke-13 2023 di sini.


(Datuk Seri Salahuddin berkata KPDN pantau harga ikan di Pantai Timur)

Media Baharu