fb fb fb fb fb

RM2.1 juta kerugian akibat penipuan panggilan telefon di Perak

MANJUNG, 20 Jun - Kes penipuan menerusi telefon yang berlaku di daerah Manjung, Perak mencatatkan nilai kerugian hingga RM2.1 juta dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, jumlah kerugian itu hasil 52 kes yang direkodkan sejak awal tahun. 

Jelasnya, antara modus operandi penipuan adalah, suspek menghubungi mangsa dan menyamar samada sebagai penguat kuasa, pihak polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mahkamah, institusi kewangan atau syarikat perkhidmatan penghantaran barang (kurier).

Sementara itu, beliau turut memaklumkan kes penipuan terbaharu terjadi semalam melibatkan seorang warga emas berusia 65 tahun. 

Mangsa seorang pesara operator kilang elektronik kerugian RM202,787 ringgit selepas diperdaya individu menyamar sebagai pegawai polis. 

(FOTO HIASAN)

Mangsa dikatakan terlibat dengan kes jenayah yang memerlukan siasatan dilakukan terhadap akaun bank miliknya. 

Masyarakat dinasihat agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti mengabaikan panggilan telefon individu tidak dikenali, menyemak dengan pihak berkaitan bagi pengesahan dan tidak mendedahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak.

Media Baharu