fb fb fb fb fb

Jaringan perniagaan Malaysia-Turkiye terus diperkukuh

(Majlis Makan Malam dan Dialog anjuran MUSIAD sempena misi perdagangan yang terdiri
daripada 41 buah syarikat daripada Republik Türkiye/FB Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 20 Jun- Republik Turkiye kekal menjadi salah satu rakan dagangan penting Malaysia di rantau Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sejumlah enam projek pembuatan dengan pelaburan Turkiye telah dilaksanakan di Malaysia.

Jumlah pelaburan bernilai US$123.2 juta atau RM429.2 juta.

Kerajaan Malaysia akan terus memperkukuh jaringan perniagaan dengan Turkiye serta mengalu-alukan syarikat-syarikat dari negara berkenaan untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan di Malaysia.

Anwar menghadiri majlis makan malam dan dialog anjuran Independent Industrialists and Businessmen's Associaton (MUSIAD) malam tadi.

Majlis makan malam itu bersempena misi perdagangan yang terdiri daripada 41 buah syarikat dari Turkiye.

Menurut Anwar menerusi laman Fecbooknya, beliau turut berkesempatan berjumpa dengan Duta Turkiye ke Malaysia, Emir Salim Yuksel; Naib Pengerusi MUSIAD, Davut Altunbas dan Pengerusi MUSIAD Malaysia, Sabri Yardimci.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata jaringan perniagaan Malaysia-Turkiye terus diperkukuh/FB
Anwar Ibrahim)

Media Baharu