fb fb fb fb fb

KPDN kesan 21 kes seleweng diesel

PENGKALAN HULU, 9 Mac- Sebanyak 21 kes dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sepanjang Ops Tiris bermula 1 Mac lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Aris Mamat berkata ia membabitkan rampasan 93,470 liter minyak diesel bernilai lebih RM283,000.00.

Antara modus operandi penyelewengan adalah menggunakan kenderaan diubahsuai untuk melakukan pembelian diesel di stesen minyak secara berulang bagi mengaburi kegiatan tersebut.


(Kompleks ICQS Pengkalan Hulu, Perak)

‘Ketirisan ini berlaku di banyak peringkat sama ada stesen minyak ataupun melalui pemborong.

"Bukan setakat pembelian oleh warga asing di stesen minyak, tetapi ada juga perkara-perkara lain yang berlaku, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai Program Kolaborasi KPDN bersama Agensi Penguatkuasa di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Hulu, Perak.

Ops Tiris dilaksanakan bagi memastikan subsidi diesel tidak mengalami ketirisan dan sampai ke pihak yang layak menerimanya.

Media Baharu