KUALA LUMPUR, 9 Mac- Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bakal bertemu pemain industri kurier dalam masa terdekat bagi usaha menambah baik perkhidmatan itu.
Selain itu, sesi libat urus berkenaan turut memberi fokus dalam mewujudkan persaingan sihat dalam kalangan pemain industri.
"Kebanyakan pemain industri menyatakan berdepan banyak cabaran antaranya kos operasi dan keadaan tidak kompetitif. Kementerian akan meneliti perkara berkenaan," kata Fahmi kepada pemberita RTM di ibu negara.
Kebanyakan pemain industri menyatakan berdepan banyak cabaran, antaranya kos operasi dan keadaan tidak kompetitif. Kementerian akan meneliti perkara berkenaan.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti langkah penyelesaian terhadap kesemua perkara dibangkitkan pemain industri.
(Foto FB Menteri)
Sementara itu, dalam menyahut seruan melestarikan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, Pos Malaysia Berhad (POS Malaysia) melancarkan Pelan Hala Tuju Kelestarian, hari ini.
Ia bagi menyokong usaha antarabangsa dalam mengekalkan pemanasan global di bawah 1.5 darjah celcius.
Menurut Fahmi Fadzil, ini adalah satu langkah yang positif dan elemen penting dalam operasi pos dan juga kebimbangan alam sekitar.
"Pada waktu ini, banyak perbincangan kita menjurus ke arah apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan pelepasan karbon menjelang tahun 2050.
Jadi, saya amat mengalu-alukan dan saya gesa pemain dan syarikat lain dalam industri pos dan kurier untuk turut serta ikut jejak langkah POS Malaysia," tambah Fahmi.
Beliau juga berkata sektor pos dan bungkusan merupakan penyumbang penting kepada pelepasan gas rumah hijau terutamanya melalui pengendalian kenderaan penghantaran dan tenaga yang di gunakan dalam kemudahan pengasingan dan pengendalian.