fb fb fb fb fb

KPDN Johor rampas bahan bakeri guna logo halal tidaj diperakui bernilai RM23,000

FOTO KPDN JOHOR

JOHOR BAHRU, 6 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN Johor merampas 33,890 unit bahan bakeri, plastik pembungkusan dan dokumen menggunakan logo halal tidak diperakui dalam satu serbuan di Bandar Seri Alam, Johor Bahru, semalam.

Nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM23,000.

Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, operasi di premis stor itu dijalankan berdasarkan aduan orang awam mengenai penggunaan logo halal tidak sah oleh sebuah syarikat.

Operasi melibatkan enam pegawai daripada KPDN Johor dan pegawai daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor

Tindakan diambil mengikut peruntukan Akta Perihal Dagangan, Perenggan 8(b) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011.

Sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM200,000 atau tidak melebihi RM500,000 bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya

Manakala denda RM100,000 bagi kesalahan pertama, atau penjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE