fb fb fb fb fb

KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di Bayan Lepas

FOTO KPDN Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 4 September- Cubaan seorang pemandu lori menyeleweng  minyak diesel gagal, apabila dia ditahan di sebuah stesen minyak di Bayan Lepas, hari ini.

Ketika serbuan, lelaki terbabit sedang asyik mengisi cecair disyaki diesel ke dalam sebuah tong dram yang berada atas lorinya.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata menerusi Ops Tiris 3.0 itu,  pihaknya menemukan enam unit tong dram.

Tiga unit darinya berisi  594 liter diesel bernilai RM1,888 manakala tiga unit lagi merupakan tong kosong.

Turut disita lori jenama Daihatsu dan dokumen resit belian minyak.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM17,308 termasuk rampasan diesel.

Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Tegas Jegan, ketika ini, KPDN Pulau Pinang sedang giat melakukan pengawasan dan rondaan sekitar negeri tersebut.

Ini bagi mengekang ketirisan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE