fb fb fb fb fb

KPDN akan pastikan bekalan telur mencukupi sebelum tiba musim perayaan

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Kerajaan komited dalam memastikan bekalan telur mencukupi sebelum tiba musim perayaan akan datang.

Usaha mengimport bekalan telur dari negara lain juga sedang diteliti kerajaan bagi memastikan bekalan di pasaran mencukupi.

Ketua Seksyen Kawalan Bekalan, Bahagian Penguat Kuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shahrudin Hamzah menjelaskan lebih 140,000 pemeriksaan berterusan dilakukan terhadap bekalan telur di pasaran bermula dari 5 Februari tahun ini.


(Foto BERNAMA)

"Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dan membeli dengan kadar berpatutan. Mereka juga dinasihat tidak membeli dengan kadar yang banyak kerana ia boleh menjejaskan pengguna lain. Kerajaan akan memastikan bekalan telur di pasaran mencukupi," katanya kepada pemberita ketika ditemu bual di Angkasapuri, di sini.

Tambah Shahrudin, sebarang aduan berkenaan, boleh disalurkan ke laman sesawang e-aduan atau dimana-mana cawangan KPDN.

Media Baharu