fb fb fb fb fb

KPDHNEP kesan penjualan kad NFC dalam talian, harga berlipat kali ganda

PUTRAJAYA, 28 September - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesan kegiatan penjualan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) Touch 'n Go (TnG) menerusi plaftorm pasaran dalam talian dengan menawarkan harga berlipat kali ganda.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata bahagian penguat kuasa kementerian telah menerima empat aduan rasmi mengenainya dan mengesan 13 iklan jualan kad berkenaan membabitkan beberapa platform dalam talian.

Katanya, berdasarkan siasatan awal, kes penjualan kad NFC turut membabitkan pekerja di kaunter pembayaran sebuah stesen minyak.

(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi / FOTO FAIL)

"Berdasarkan semakan dan maklumat pengelola platform pasaran dalam talian...11 premis merangkumi kediaman peribadi serta bangunan perniagaan diperiksa berhubung kes berkenaan.

"Sebanyak enam notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada pihak terbabit antara lain menuntut supaya maklum balas atau penjelasan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Penguat Kuasa KPDNHEP. Kegagalan pihak terbabit berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 21(5) AKHAP 2011 kerana enggan atau gagal mengemukakan maklum balas," katanya menerusi kenyataan.

Tambah Alexander, KPDNHEP dan pengurusan kanan kementerian akan mengadakan pertemuan dengan syarikat TnG yang dijangka berlangsung minggu ini.

"Pertemuan ini antara lain bertujuan untuk mendapatkan status kaedah semasa penjualan dan isu kekurangan bekalan kad NFC seperti dikemukakan ramai pengguna," katanya.

Media Baharu