fb fb fb fb fb

Dua bot nelayan asing dengan peralatan menangkap ikan ditahan

MERSING, 28 September- Dua bot nelayan asing dinaiki 19 kru ditahan di Timur Laut Pulau Aur, di sini 2.30 petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran, berkata kedua-dua bot berkenaan ditahan ketika sedang melakukan aktiviti menunda
pukat secara bergandingan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, 19 kru termasuk tekong kedua-dua bot nelayan tersebut gagal mempamerkan pengenalan diri yang sah.

"Dua bot beserta peralatan menangkap ikan dengan hasil tangkapan dianggarkan berjumlah tiga ribu kilogram bernilai 3.1 juta ringgit dirampas.

"Semua warga Vietnam yang ditahan berumur 18 hingga 51 tahun.

"Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/1963," katanya.

(Bot nelayan asing ditahan di Timur Laut Pulau Aur, di sini 2.30 petang semalam)



Media Baharu