KUALA LUMPUR, 6 November- Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman meluangkan masa menyantuni dan menyampaikan sebanyak 500 cenderahati kepada kakitangan RTM khususnya mereka yang beragama Hindu sempena perayaan Deepavali.
Pemberian cenderahati ini melibatkan Konti Minnal FM dan Unit Pemberitaan TV Bahasa Tamil.
Acara tahunan anjuran Bahagian Perhubungan Awam RTM ini bagi menghargai kakitangan beragama Hindu yang akan bertugas pada hari Pesta Cahaya tahun ini untuk terus menghiburkan penonton dan pendengar RTM.
"Sambutlah hari ini dengan penuh bermakna dan kepada mereka yang bertugas, selepas bertugas terus balik ke rumah dan terus menyambutnya.
"Selamat Hari Deepavali kepada semua, jaga diri dan perlu memandu kereta, pandulah dengan selamat", kata Datuk Suhaimi semasa menyantuni kakitangan RTM di Angkasapuri.
Datuk Suhaimi turut santai menari memeriahkan suasana bersama kakitangan Minnal FM.