fb fb fb fb fb

KP Penyiaran santuni warga kerja RTM Terengganu

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dalam rangka lawatan kerjanya di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 17 November - Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman bersama-sama delegasi pegawainya mengambil peluang berkonvoi dan singgah menikmati hidangan makan malam secara santai di Payang Walk, selepas mengadakan lawatan kerja bertemu warga RTM Terengganu dan kunjungan ke Restoran Jambatan Angkat pada sebelah petang.
 
Terdahulu, Suhaimi diiringi Pengarah RTM Terengganu Sabri Mansor bergerak dari pekarangan Paya Bunga PB Hotel dengan menaiki beca berhias ke di destinasi tapak jualan makanan minuman yang menjadi tarikan pelancong terbaru itu .
 
Khidmat lapan buah beca berhias digunakan bagi membawa para delegasi untuk turut sama merasai pengalaman tersebut dengan melalui beberapa jalan di sekitar bandaraya warisan pesisir air ini, dengan jarak kira-kira satu kilometer menuju ke Payang Walk.
 
Tiba di destinasi mereka disambut pihak pengurusan RTM Terengganu dan pihak pentadbir Payang Walk, serta dibawa ketempat kain rentang untuk menurunkan tandatangan Aspirasi Malaysia.
 
Selain sempat singgah dan meninjau beberapa gerai jualan barangan, minuman dan makanan yang menjadi perhatian dan tarikan pengunjung, di sini.
 
Selaku tetamu khas malam ini, Suhaimi turut dijemput berucap sebelum menyaksikan persembahan nyanyian di pentas dan aksi persembahan busking sebelum beliau dengan delegasinya dibawa untuk menikmati hidangan malam secara santai, di laluan pejalan kaki Payang Walk.
 
Pada sebelah pagi esok, rombongan lawatan kerja diketuai Suhaimi dijadual bergerak ke RTM Kelantan di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.
 
 

TETITIA YUSOFF