fb fb fb fb fb

Kos dialisis Perkeso dijangka meningkat lebih RM500 juta

(Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar)

KLANG, 6 Julai- Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) buat julung kali menubuhkan Pusat Dialisis untuk pesakit buah pinggang dalam kalangan Orang Berinsurans (OB) di bawahnya, mendapatkan rawatan.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata dengan penubuhan pusat itu, Perkeso dapat mengurangkan perbelanjaan untuk kemudahan dialisis yang meningkat saban tahun.

"Kerana sebahagian besar daripada pesakit buah pinggang ini merupakan pekerja dan mereka terpaksa ditampung kosnya oleh Perkeso.

"Jadi Perkeso juga mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan kos operasi mereka," katanya.

(Perkeso dapat mengurangkan perbelanjaan untuk kemudahan
dialisis yang meningkat saban tahun, dengan penubuhan pusat berkenaan)

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perasmian Pejabat Perkeso Klang dan Pusat Dialisis Perkeso Cawangan Klang, di sini hari ini.

Sejak kemudahan dialisis diperkenalkan Perkeso pada tahun 1999, kos yang ditanggung pertubuhan itu berjumlah RM1.12 juta.

Angka itu meningkat kepada RM334.67 juta pada 2022 dan dijangka meningkat lebih RM500 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Pada masa yang sama, V. Sivakumar turut berharap Orang Berinsurans melakukan program saringan kesihatan percuma yang ditawarkan Perkeso bagi pencarum berumur 40 hingga 59 tahun.

Sehingga kini Perkeso merekodkan sekitar 9.2 juta pencarum di seluruh negara.

Media Baharu