fb fb fb fb fb

Kos bayaran haji diumum selepas ambil kira kedudukan kewangan LTH

KUALA LUMPUR, 31 Mac- Kos dan kadar bayaran haji serta bantuan kewangan haji akan diumumkan setelah perbincangan secara menyeluruh dibuat dengan mengambil kira keupayaan dan kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji (LTH) dan kos semasa berkaitan dengan haji.

Menjawab soalan Senator Datuk Juhanis binti Abd Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Idris Ahmad berkata, meskipun kos-kos haji telah meningkat, namun bayaran bagi seorang jemaah mengerjakan ibadah itu tidak pernah berubah sejak 2009.

Kenaikan itu didorong oleh faktor-faktor diluar kawalan seperti kadar inflasi, pergerakan kadar mata wang asing serta pengenalan caj dan percukaian baru seperti VAT termasuk pembangunan semula kota suci Mekah.

"Walaupun kos haji semakin bertambah, jemaah haji muassasah hanya membayar RM9,980 seorang untuk menunaikan ibadah haji dan bayaran haji ini tidak pernah pernah berubah sejak 2009. Perbezaan jumlah ini ditanggung sepenuhnya oleh Tabung Haji sebagai sebuah institusi islam yang komited dalam memastikan kebajikan jemaah haji terpelihara," kata Juhanis.

Bagaimanapun menurut beliau menambah, LTH akan terus memberi bantuan kewangan untuk jemaah haji muasasah yang layak.

Menurutnya Kos haji telah meningkat 139% daripada RM9,578 ringgit seorang pada 2001 kepada RM22,900 seorang pada tahun 2019.


( Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Idris Ahmad)

Media Baharu