fb fb fb fb fb

20 rumah rosak akibat ribut di Perlis

ARAU, 31 Mac- Hujan lebat beserta angin kencang yang melanda Perlis sejak pukul 5 petang semalam telah mengakibatkan 20 buah kediaman rosak selepas struktur rumah dan bumbung diterbangkan angin serta dihempap pokok yang tumbang.

Kejadian melibatkan kediaman di beberapa kawasan di Parlimen Arau antaranya Kampung Changkat Lada, Kampung Alor Lanchang, Kampung Kurong Anai, Kampung Alor Ara Barat dan Kampung Sena.

Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan, pihaknya telah turun ke lokasi sebaik menerima laporan mengenai kejadian daripada amil kariah yang terjejas.

"Bancian bagi mendapatkan anggaran sebenar kerosakan dan jumlah rumah terlibat telah dilaksanakan, manakala bantuan bagi membaiki kediaman dan keperluan berkaitan akan disalurkan segera pihak MAIPs dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bantuan segera ini perlu dilaksana berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu disamping memberi keselesaan kepada penduduk terjejas menjelang Ramadan," katanya.

(Bumbung salah sebuah kediaman diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut petang semalam)

Tambah beliau, sehingga kini, terdapat penduduk terjejas yang menumpang di rumah saudara mara sehingga bantuan membaik pulih kediaman dilaksanakan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dijangka melawat sebahagian mangsa ribut berkenaan petang ini.

Media Baharu