fb fb fb fb fb

20 syarikat pembungkusan dan pemborong minyak masak digantung lesen dan kuota

(Gambar hiasan)

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Sebanyak 15 syarikat pembungkus minyak masak digantung Kuota Skim Minyak Masak (COSS) manakala 5 syarikat pemborong digantung lesen urus niaga minyak masak (Lesen Borong CSA) hasil 8,843 pemeriksaan.

Operasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu dibuat ke atas premis yang menjalankan perniagaan minyak masak bermula Januari sehingga 28 Mac tahun ini.

(Rosol ketika menjawab soalanĀ Senator Balasubramaniam A/L Nachiappan di Dewan Negara)

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata daripada jumlah itu 25 kertas siasatan dibuka dan 94 premis masih dalam tindakan pengauditan.

"Mana-mana pihak yang didapati sengaja atau cuba untuk menyembunyikan atau menyorok barang kawalan ini, khasnya minyak masak paket boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 15, Akta Kawalan Bekalan 1691 dendanya tidak lebih RM1 juta.

"Untuk makluman isu penyeludupan ini tidak berlaku setakat ini kerana tujuan sorokkan barang untuk menunggu harga naik dijual tetapi oleh kerana harga ini telah ditentukan RM2.50 sen sekilogram, isu ini tidak wujud sekarang," katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Balasubramaniam A/L Nachiappan di Dewan Negara.

Media Baharu