fb fb fb fb fb

Koperasi medium perangi orang tengah - Annuar

(Annuar Musa)

MELAKA, 6 Ogos- Koperasi boleh digunakan kerajaan sebagai medium dalam usaha memerangi 'orang tengah' yang cuba mengambil keuntungan berlebihan.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata langkah tersebut juga secara tidak langsung membantu mengurangkan ‘orang tengah’ bagi rantaian yang tidak diperlukan.

"Kaedah menggunakan koperasi juga akan memotong sesetengah rantaian yang dimainkan oleh orang tengah yang tidak diperlukan makna ada kaedah terus daripada pengeluar, pembungkus macam yang diberikan kepada koperasi.

"Mereka dibenarkan import gula, dibenarkan untuk pembungkusan kepada peket yang kecil dan mereka boleh terus mengedar sebagai peruncit melalui rangkaian kedai-kedai koperasi," katanya.

(Annuar ketika meninjau harga barangan di sebuah pasar raya di Duyong, Melaka hari ini)

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) menyatakan demikian selepas meninjau harga barangan di sebuah pasar raya di Duyong, di sini hari ini.

Tambahnya, koperasi turut memberi jaminan harga yang ditawarkan adalah 15 ke 20 peratus lebih rendah berbanding harga di pasaran ketika ini.

Beliau mengulas saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mengembalikan usaha jihad memerangi orang tengah yang pernah dilaksanakan pada lapan tahun lepas.

Media Baharu