fb fb fb fb fb

Konvoi Global Sumud Flotilla hampir tiba ke Gaza, masuki zon kritikal - Aktivis

Memasuki hari ke-24 pelayaran, konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) kini semakin hampir ke destinasi utama mereka, Gaza / Foto Hiasan / Reuters

KUALA LUMPUR, 24 September – Memasuki hari ke-24 pelayaran, konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang berlepas dari Barcelona kini semakin hampir ke destinasi utama mereka, Gaza.

Aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia), Zulfadhli Khiruddin memaklumkan kumpulannya kini berada di antara perairan Greece dan Libya, dengan hampir 58 kapal pelbagai saiz dijangka bertemu kumpulan terakhir yang berangkat dari Greece dalam tempoh 24 jam akan datang.

Beliau menjelaskan pasukan konvoi kini berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya kerana semakin menghampiri zon kritikal.

2409 UPDATE SUMUD FLOTILLA MAPIM 2Zulfadhli Khiruddin

“Kami setiap hari diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga (high alert) kerana semakin mendekati zon-zon kritikal. Dalam sehari, beberapa kali latihan kecemasan dilakukan bagi menghadapi sebarang ancaman, termasuk kemungkinan dipintas pihak Zionis.

“Harapan kami adalah agar terus mendapat sokongan dan doa daripada semua pihak supaya objektif utama, iaitu memecah kepungan di Gaza, dapat dicapai,” katanya dalam satu perkongsian video.

Konvoi GSF yang merentasi Laut Mediterranean membawa bantuan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan.

Ia dijadualkan tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini dengan melibatkan lebih 1,000 sukarelawan menaiki hampir 70 bot – semuanya bersatu dengan satu matlamat: memecah kepungan terhadap Gaza.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN