fb fb fb fb fb

'Konvoi Anak Muda' ke Masjid Kampung Kuala Pangsun

 

KUALA LUMPUR, 16 September- Sambutan Hari Malaysia hari ini disemarakkan dengan program ‘Konvoi Anak Muda’ anjuran bersama Masjid Muhammadi RTM dan Masjid Jamek Abdullah Hukum, Kuala Lumpur.

Konvoi itu bermula dari Masjid Jamek menuju ke Masjid Kampung Kuala Pangsun sejauh lebih 30 kilometer bagi bersama-sama meraikan Hari Malaysia bersama masyarakat luar bandar.

Antara aktiviti diadakan termasuk beriadah dan bergotong-royong memasak juadah makan tengah hari bersama penduduk kampung.

Lebih istimewa, konvoi ini bukan sahaja memupuk perpaduan dalam kalangan peserta dan penduduk kampung.. malah turut menyantuni pelajar tahfiz di kampung itu dengan pemberian sumbangan berupa bakul makanan.

Ketua Imam Masjid Muhammadi, Mohd firdaus muhammad berkata, konvoi berkenaan adalah simbol penyatuan masyarakt berbilang kaum di negara ini.

"Konvoi ini bermakna kerana di sini ada penyatuan dengan masyarakat berbilang dengan cabaran jalan berliku dan disambut dengan meriah.

"Dalam kita menyantuni asnaf dan bersama masyarakat Kuala Pangsun menjadikan realiti Hari Malaysia bukan hanya hari ini, malah perpaduan dan silaturahim kita berterus bersama menjadikan Malaysia aman dan bersatu padu,"katanya.

Nada sama turut dikongsi Pengerusi Masjid Jamek Abdullah Hukum KL Eco City, Bangsar, Mohd Sharif sabdin.

"Satu gabungan bandar dan luar bandar bersama untuk anak-anak bandar berkonvoi masuk ke kampung supaya dapat kenal kehidupan kampung dan beriadah bersama oang kampung.

"Ini satu kebaikan daripada kita untuk bersama pihak masjid bermesra dengan mereka di sini, ia satu kebaikan untuk mereka anak muda bersama orang kampung,"kata Mohd Sharif.



(Antara aktivti yang diadakan termasuk permainan karom)

Media Baharu