fb fb fb fb fb

Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023, tepis spekulasi

KUALA LUMPUR, 14 Mei - Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023 yang bersidang hari ini berjaya menepis spekulasi yang menyentuh keutuhan Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan Amanat Perdananya, yakin perhimpunan julung kali diadakan ini membuktikan kekukuhan dan kestabilan kerajaan yang dibentuk sejak enam bulan lalu.

"Dengan konvensyen hari ini memberikan isyarat yang jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia. kerajaan ini bukan sahaja stabil, Innsya-Allah kekal sehingga pilihanraya umum akan datang, kekal untuk apa? Kekal untuk memastikan tatakelola lebih baik, hentikan amalan rasuah dan salah guna kuasa dan keduanya pastikan dasar yang boleh memacu pertumbuhan dan membela nasib rakyat negara kita," kata Anwar, di sini.

Konvensyen yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur ini menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada 19 parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Bertemakan "Madani: Mengangkat Agenda Rakyat" konvensyen bermula pagi tadi dengan Konvensyen  Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan.

(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

berbual-bual selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan
di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur)

Dalam acara kemuncak, sidang turut membincangkan isu ekonomi rakyat, membina negara bangsa dan halatuju Malaysia Madani.

Konvensyen turut melibatkan ucaptama daripada lima pimpinan utama terdiri daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Anthony Loke, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari Openg, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Datuk Seri Panglima Mohd Shapie Apdal.

Media Baharu