fb fb fb fb fb

Konvensyen Keselamatan Perlindungan 2022: Tingkat kepekaan ancaman siber penjawat awam

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Ancaman siber menjadi fokus utama yang akan dibentangkan dalam penganjuran Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat kebangsaan Tahun 2022 yang berlangsung esok.

Konvensyen bertujuan meningkatkan kepekaan dalam kalangan penjawat awam terutama Ketua-ketua Jabatan, mengenai ancaman berkenaan kebocoran maklumat serta pengurusan maklumat berkaitan dokumen rahsia kerajaan.

Jelas Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Rahimi Ismail, terdapat empat kertas kerja yang akan dibentangkan berkaitan dengan strategi menangani ancaman siber dalam konteks keselamatan perlindungan maklumat kerajaan.

"Sebagai peneraju utama dalam konvensyen ini kita memastikan satu bila kita melaksanakan konvensyen ini jabatan-jabatan dapat mencapai penarafan pengiktirafan ke atas jabatan yang mendapat lima bintang dan juga satu lagi ialah kertas kerja yang dibentangkan kita akan memastikan hala tuju baru kita nak menangani ancaman-ancaman siber negara yang mendatang melalui 'solution' atau rumusan yang akan dibentangkan kemudian kita akan membentuk satu halatuju baru bagaimana kita nak mendepani cabaran-cabaran di masa hadapan," katanya.


(Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Rahimi Ismail)

Penyampaian anugerah dan sijil kepada agensi yang mendapat penarafan cemerlang lima Bintang dalam Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Tahun 2021 turut diadakan.

Bertemakan “Keselamatan Perlindungan Pemangkin Revolusi Digital Negara”, konvensyen itu akan dirasmikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Konvensyen bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang di Putrajaya.

Media Baharu