fb fb fb fb fb

Konvensyen Kerajaan Perpaduan Perak kukuh kerjasama PH, BN

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad / FOTO RTM

IPOH, 15 Januari - Penganjuran Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak yang pertama pada 28 Januari depan, merupakan platform terbaik di samping mengukuhkan kerjasama dalam mencari titik persamaan antara gabungan parti terlibat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, konvensyen berkenaan bakal melibatkan kehadiran 1,500 peserta dan wakil pimpinan berdasarkan kuota yang telah dipersetujui.

Jelasnya, konvensyen tersebut akan memberi ruang kepada wakil semua parti bagi mengupas intipati ucapan dasar yang akan disampaikan oleh beliau selaku Pengerusi BN Perak dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak iaitu Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

"Usaha ini juga merupakan komitmen seluruh barisan kepimpinan untuk merungkai segala perbezaan yang wujud agar dapat bekerja sebagai satu pasukan yang kuat demi meneguhkan kestabilan dan kesejahteraan kepada negeri Perak", kata Saarani ketika sidang media Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak 2024 di Bangunan UMNO Perak di sini.

Ujarnya, sebanyak dua forum turut diadakan iaitu Forum Kerajaan Perpaduan - Perspektif Orang Muda dan Forum Perpaduan Mengangkat Agenda Perak Sejahtera 2030 pada sesi itu.

Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir pada sesi penggulungan dan dijadual berucap bagi majlis penutup.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD