fb fb fb fb fb

Konvensyen Juruaudit Halal 2025: Perkasa tunjang integriti sistem halal

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar

BANGI, 29 Julai -Buat julung kalinya, Konvensyen Juruaudit Halal Malaysia 2025 dianjurkan sebagai platform penting bagi memperkasa peranan juruaudit halal sebagai tunjang integriti dan kemampanan sistem halal negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata, peranan juruaudit halal bukan sekadar memastikan pematuhan kepada prosedur, sebaliknya satu amanah fardhu kifayah demi menjamin keyakinan pengguna terhadap pensijilan halal Malaysia.

"Telah ada kriteria yang standard yang terpakai kepada semua syarikat-syarikat yang ingin mendapatkan persijilan halal. Jadi ketika proses audit itu dijalankan, juruaudit ini tidak ada sifat berat sebelah, ini yang saya maksudkan, sifat adil yang perlu dilaksanakan tanpa membezakan kedudukan pemohon yang memohon sijil halal tersebut. Ini peranan yang perlu dilaksanakan,"katanya ketika berucap pada Majlis Konvensyen Juruaudit Halal Malaysia 2025, di Institut Latihan Islam Malaysia Bangi, Selangor.

Turut dilancarkan Garis Panduan Kompetensi Juruaudit Halal Malaysia yang menjadi penanda aras standard profesionalisme, kod etika dan amalan terbaik industri halal negara.

Lebih 200 juruaudit dari seluruh negara menyertai konvensyen itu.

TETITIA YUSOFF