fb fb fb fb fb

Kongsi rezeki bubur asyura, perkukuh perpaduan antara penduduk

Foto RTM

KANGAR, 19 Julai -Lebih 300 pek bubur asyura diagihkan kepada penduduk kampung Kampung Abi Padang Machang dan kawasan sekitar menerusi Program Kucai Bubur Asyura.

Pengerusi Persatuan Penduduk Abi Padang Machang, Hashimah Ismail berkata, seramai 30 penduduk bersama-sama bergotong royong memasak, menyedia dan mengagihkan bubur asyura sempena bulan Muharam.

Program itu terus menjadi medium bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan penduduk kampung dan merupakan satu usaha membudayakan amalan berkongsi kegembiraan dan rezeki bersama penduduk setempat.

"Generasi masa kini harus mengambil peluang untuk mempelajari cara pembuatan bubur berkenaan dan program sebegini perlu terus disuburkan agar ianya sentiasa relevan," katanya pada
Program Kucai Bubur Asyura bersama penduduk Kampung Abi Padang Machang, Bintong.

Selain Program Kucai Bubur Asyura, Persatuan Penduduk Kampung Abi Padang Machang turut aktif melaksanakan pelbagai aktiviti bersama komuniti termasuklah Program Santuni Kasih Prihatin, Semarak Komuniti dan Kenduri Rakyat yang melibatkan pelbagai peringkat usia.

TETITIA YUSOFF