fb fb fb fb fb

Komuniti Rahmah, perkasa aktiviti KRT

(Foto Aaron Ago Anak Dagang)

LANGKAWI, 8 Julai- Melestari Komuniti Rahmah adalah satu dasar kerajaan untuk memupuk perpaduan rakyat.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, inisiatif di bawah Komuniti Rahmah dilihat mampu memperkasakan aktiviti Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara.

"Pada bulan Jun lalu, kementerian melalui kluster Komuniti Rahmah iaitu Program Gerak Rahmah telah melaksanakan Jom Bersih dan Indah dengan penyertaan 4,818 KRT di seluruh negara.

"KRT disaran meningkatkan kreativiti dalam meneroka peluang serta program berimpak tinggi sejajar dengan fokus kementerian untuk membangunkan Komuniti Rahmah," katanya dalam ucapan perasmian Majlis Jalinan Muhibah Bersama Komuniti Rahmah 2023 di sini malam tadi.

Pada majlis tersebut, kesemua 27 KRT dan sembilan Tabika Perpaduan di daerah Langkawi menerima sijil penghargaan.


(Foto Aaron Ago Anak Dagang)

Media Baharu