(Foto BERNAMA)
BANGI, 8 Julai- Kejayaan mentadbir negeri Selangor dengan baik menjadi penanda aras dalam memastikan kerajaan perpaduan terus kekal memerintah negeri tersebut.
Keyakinan itu disuarakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Selaras itu, beliau bersama jentera BN berjanji akan membantu Selangor bagi memastikan Kerajaan Perpaduan terus kekal releven di negeri tersebut.
"Kita juga harus melihat bahawa Selangor dibawah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, walaupaun anak muda, jiwa dan pemikiran beliau adil untuk semua orang termasuk India, Melayu, Cina yang mencari rezeki di Selangor," katanya semasa majlis Pelancaran Jentera Perpaduan Madani di sini.
Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menteri besar Selangor serta ketua-ketua parti kompenan kerajaan perpaduan.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menghormati keputusan kepimpinan MIC dan MCA untuk tidak menyertai Pilihan raya Umum Dewan Undangan Negeri ke-15 (PRU DUN ke-15) kali ini.
Namun parti-parti tersebut tetap menyokong semua calon Kerajaan Perpaduan.
(Foto BERNAMA)