fb fb fb fb fb

Komponen seni, budaya dan warisan perlu diajar secara sistematik

KUALA LUMPUR, 20 Januari - Komponen seni, budaya dan warisan perlu dimasukkan sebagai sukatan pelajaran yang diajar secara bersistematik di sekolah.

Yang Di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim berpandangan langkah tersebut dapat memastikan adat dan budaya diterapkan kepada rakyat sekaligus menjamin serta memperkasakan tamadun warisan bangsa.

"Secara ringkas saya ingin menekankan betapa pentingnya kementerian pendidikan mendidik anak-anak bangsa kembali dengan seni, budaya dan warisan dan membawa pengajaran dari sejarah, untuk menegapkan lagi kerajaan, menegapkan lagi kepegawaian dan lain lain," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Alfa 10-2 NasionalFM di Angkasapuri.

Media Baharu