(serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu diketuai
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, K. Muniandy)
KUBANG PASU, 22 Mei- Seorang peniaga di Tunjang, Kedah dikompaun RM500 serta-merta kerana menawarkan dan menjual gula pasir melebihi harga maksimum .
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah, Affendi Rajini Kanth menerusi kenyataan berkata peniaga berusia 30 tahun itu menawarkan dan menjual gula pasir putih bertapis kasar pada harga RM11 bagi 3 kilogram.
Menurut beliau serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Kubang Pasu diketuai Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah, K. Muniandy .
"Premis perniagaan itu disyaki melakukan kesalahan bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011 iaitu Pelanggaran Perintah Kawalan Harga Dan Antipencatutan (Penetapan Harga Maksimum)
"Harga makslimum yang ditetapkan bagi barangan harga terkawal ialah harga borong RM2.77 sen sekilogram dan harga runcit RM2.85 sen sekilogram," kata Affendi.
Peniaga terbabit menjelaskan kompaun yang dikenakan.
(Kompaun serta-merta, jual gula pasir melebihi harga maksimum)