KUALA LUMPUR, 22 Mei- Kerjasama erat diperkasakan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan pihak pengurusan platform META bagi mengekang penularan kegiatan menyalahi undang-undang di laman Facebook.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata antara perkara yang dibincangkan untuk diselesaikan ialah isu perjudian dalam talian.
"Isunya adalah di pihak Facebook, Meta. Saya telah banyak kali mengangkat sama ada perjudian dalam talian ataupun penipuan (scam) yang dipamerkan melalui iklan-iklan di Facebook.
Menurut beliau pihak SKMM telah bertemu dengan pengurusan META pada minggu lalu.
"Satu penjelasan telah diminta kerjasama yang lebih erat kita harapkan dalam usaha mengekang penularan laman web atau 'pages' dalam Facebook yang boleh terlibat dalam kegiatan idak dibenarkan," kata Fahmi ketika ditemui pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Ulang Tahun ke-56 Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini.
(Fahmi Fadzil (empat, kanan) bersama Roslan Ariffin (tiga, kanan) memotong kek dan pulut kuning
pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Sambutan Ulang Tahun Bernama ke-56/BERNAMA)