fb fb fb fb fb

Klinik Kanser Bergerak, tawar saringan kanser secara percuma

(Foto hiasan)

BUKIT BARU, 5 Disember- Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk menyediakan perkhidmatan Klinik Kanser Bergerak secara percuma bagi memberi perkhidmatan saringan mengesan kanser 

Inisiatif tersebut dijangka dapat dimulakan pada akhir bulan ini.
 
Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh, inisiatif berkenaan bertujuan mengesan kanser di peringkat awal agar rawatan segera dapat dilakukan.


(Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh)

Usaha itu diperkenal memandangkan kebanyakan klinik bergerak hanya menyediakan perkhidmatan kesihatan biasa seperti pemeriksaan tekanan darah, bacaan gula dan sebagainya.

Dr Akmal berkata insiatif bakal mendapat kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

”Yang mana kita boleh buat klinik bergerak dan rakyat boleh datang ke klinik tu dan keputusan itu boleh dapat dalam tempoh masa yang singkat. Jadi bila telah ada keputusan itu, kita akan aturkan temujanji mereka ini di hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, ini adalah satu inisiatif yang sangat bagus", katanya ketika ditemui media selepas 'Program Relay For Life (RFL) Luminaria 2022 di Bukit Baru.
 
Inisiatif itu juga dilaksana susulan pertambahan jumlah pesakit kanser dalam kalangan individu yang berusia 20 hingga 30 tahun.

Media Baharu