fb fb fb fb fb

KL Vibes 2025 pupuk perpaduan, keharmonian

Majlis Pelancaran Karnival Vibes 2025 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 15 Februari- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan Karnival KL Vibes 2025 selama dua hari bermula hari ini bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 di Dataran Merdeka.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata ia diadakan dengan matlamat memupuk perpaduan dan keharmonian warga Wilayah Persekutuan, serta memperlihatkan kepelbagaian budaya, warisan, sukan, dan aktiviti kekeluargaan.

"Kena sayang Kuala Lumpur dengan memberikan yang terbaik termasuk kehidupan dan sumbangan kepada komuniti.

"Sama seperti kita, apabila memulakan hari dalam kehidupan seharian pastinya kita akan memberikan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Majlis Pelancaran Karnival Vibes 2025 di Dataran Merdeka di ibu negara.

Pelbagai acara menarik disediakan sepanjang karnival itu seperti Kejohanan Soccer Kids DBKL, e-Sports Games Console, sukan rakyat, zumba dan ia sesuai disertai untuk semua peringkat umur.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI