fb fb fb fb fb

KL - Jakarta sepakat harga minyak sawit ditentukan bersama

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) disambut mesra oleh Presiden Indonesia Joko Widodo
sejurus tiba di Istana Merdeka sempena lawatan kerja beliau ke Indonesia hari ini/BERNAMA)

JAKARTA, 1 April- Malaysia dan Indonesia bersetuju supaya harga minyak kelapa sawit ditentukan bersama seterusnya tidak bersaing dari segi penetapan harga, terutama di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata persetujuan kedua-dua negara itu dicapai selaras kedudukan Malaysia dan Indonesia sebagai pengeksport utama minyak sawit dunia.

"Kami bersetuju harga minyak kelapa sawit patut ditentukan bersama Malaysia dan Indonesia dan tidak bersaing daripada segi penetapan harga. Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara yang menguasai keseluruhan dari segi eksport minyak kelapa sawit."

Ismail Sabri berkata demikian dalam sidang media bersama Presiden Indonesia Joko Widodo setelah menyaksikan majlis permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) di Istana Merdeka, di sini, hari ini.

Mengenai pembangunan di kawasan sempadan Malaysia dan Indonesia, ia akan diperhebatkan susulan pembukaan ibu negara Indonesia baharu, Nusantara.

Tambah Ismail Sabri kerajaan akan mengenal pasti kawasan yang perlu dibangunkan termasuk di bahagian Indonesia.

"Saya berterima kasih kerana Bapak Presiden (Joko Widodo) kerana bersetuju untuk kita turut mengenal pasti kawasan-kawasan yang akan dimajukan oleh pelabur dari Malaysia di bandar Nusantara nanti," katanya.


(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) bersama Presiden Indonesia Joko Widodo (kanan)
dalam sidang media bersama di Istana Merdeka hari ini/BERNAMA)

Pada sidang media sama, turut dibincangkan mengenai isu Rohingya dan pelantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

Bagi isu Rohingya, ke dua-dua negara sepakat ia perlu diselesaikan secara dalaman oleh kerajaan Myanmar.

"Isu.. kami bersetuju bahawa ia perlu diselesaikan secara dalaman oleh pihak Myanmar sendiri kerana saya maklumkan isu Rohingya adalah isu besar di Malaysia kerana terdapat 200,000 pelarian Myanmar, etnik Rohingya di Malaysia.

Mengenai pelantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kepada Jokowi kerana bersetuju untuk mempercepatkan pelantikan Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu.

Media Baharu