fb fb fb fb fb

Bentuk KKT, kaji penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 11 Oktober- Kementerian Kesihatan sedang melaksanakan struktur tadbir urus dan pembentukan pelbagai jawatankuasa yang dinamakan Kumpulan Kerja Teknikal (KKT) ke arah penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan yang menjadi tuntutan pengamal perubatan sejak sekian lama.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, ketika ini kerajaan sedang memperinci perkara itu dan mengadakan sesi libat urus bersama pakar di dalam dan luar kementerian bagi meneliti kaedah terbaik menubuhkan suruhanjaya berkenaan.


(Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa)

"Pada masa ini KKM sedang membangunkan kerangka pelaksanaan reformasi sistem kesihatan yang digariskan dalam Kertas Putih Kesihatan yang telah dibentang tempoh hari.

"Dalam keadaan sekarang ini, kita sedang melaksanakan struktur tadbir urus dan juga pembentukan pelbagai jawatankuasa yang kita namakan Kumpulan Kerja Keknikal. Jadi tentang Suruhanjaya Reformasi Kesihatan ini, kita sedang perincikan.

"... Atau kita digunakan perkataan lain, ini terpulang, kita lihat dalam keadaan yang sama. Tetapi fungsinya sama,” katanya pada sesi Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi yang ingin tahu status terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan.

Media Baharu