fb fb fb fb fb

KKR sedia tawar bantuan insiden tanah runtuh di Wisma YPR

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Kementerian Kerja Raya (KKR) bersedia menawarkan bantuan berhubung kejadian runtuhan yang berlaku di Wisma YPR Off Jalan Syed Putra, di sini, awal pagi tadi sehingga mengorbankan nyawa seorang pengawal keselamatan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini turut bersimpati dan mengucapkan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan terbabit.

“Saya ingin memaklumkan kita bersedia untuk menawarkan bantuan dalam apa jua cara di bawah kapasiti KKR, sekiranya diminta oleh pihak-pihak yang terbabit.

"Berdasarkan laporan awal, saya difahamkan kejadian itu berlaku di premis milik swasta dan berada di bawah penyelarasan pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), antaranya berdasarkan peruntukan Akta 133 Jalan Parit dan Bangunan serta beberapa undang-undang kecil berkaitan.

(Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi / FOTO BERNAMA)

"Difahamkan, kejadian itu berlaku apabila tebing setinggi kira-kira enam meter menghempap pondok tempat mangsa bertugas menyebabkannya tertimbus," katanya.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM), polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menemukan mayat mangsa pada kedalaman tiga meter pada pukul 6.23 pagi.

Media Baharu