(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
ULU TIRAM, 4 Mei- Seramai 36 individu termasuk kanak-kanak dan guru berdepan detik cemas apabila sebuah tadika di Jalan Banang 8, Taman Bukit Tiram, dekat sini, Johor terbakar, pagi tadi.
Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya dan BBP Tebrau bersama jentera digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.38 pagi.
Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba (PgB) Nurhuda Mohamed Adnan, sebaik anggota tiba, pihaknya mendapati kebakaran tersebut melibatkan sebuah rumah dua tingkat yang dijadikan tadika telah musnah terbakar sebanyak 40%.
Katanya, seramai 36 orang murid dan guru terselamat dalam kejadian itu dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi ditamatkan pada pukul 11.15 pagi.
(Foto FB Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)