fb fb fb fb fb

Kerajaan Negeri Sembilan komited kurangkan pesakit jalani dialisis

(FOTO HIASAN)

SEREMBAN, 4 Mei - Kerajaan Negeri Sembilan komited dalam memastikan bilangan pesakit yang menjalani rawatan dialisis di negeri itu dapat dikurangkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata perkara tersebut akan diberi perhatian kerajaan negeri menerusi pembentangan Belanjawan tahun hadapan.

(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun)

"Menerusi bajet kita tahun hadapan kita pastikan bahawa ini merupakan satu perkara yang perlu diberi perhatian lebih awal sebelum perkara ini menjadi krisis di negeri kita ini. Kita tidak mahu ada pesakit yang tidak mendapatkan rawatan yang sebaiknya.

"Kita juga berharap bahawa ini dapat dikurangkan di peringkat awal. Ini bermakna bahawa pesakit kencing manis ini ramai di Negeri Sembilan. Jadi, kita berharap bahawa kemungkinan kita akan adakan kempen besar-besaran, pastikan bahawa ini dapat dikawal," katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Exco, di sini.

Tambah Aminuddin, kerjasama antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan kerajaan negeri akan dilaksana bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Dalam pada itu, Negeri Sembilan turut menyediakan bantuan bagi mereka yang ingin menjalani rawatan fistula dan tidak mempunyai kewangan bagi mendapatkan rawatan.

Media Baharu