fb fb fb fb fb

Salam Baitullah kembali menemui penonton bermula 17 Jun di TV1

(FOTO HIASAN)

SEPANG, 4 Mei - Program 'Salam Baitullah' edisi ke-15 kembali menemui penonton sepanjang musim haji tahun ini dengan pelbagai pengisian menarik dan maklumat terkini dari tanah suci.

Program 15 episod terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertemakan 'Penyucian Jiwa, Kemuncak Ibadah' itu akan bersiaran secara langsung dari 17 Jun hingga 30 Jun depan bermula pukul 9 hingga 10 malam setiap hari.

Penerbit Salam Baitullah 2023, Razliza Abd Razak berkata persiapan rapi telah dilaksanakana bagi memastikan program tersebut dapat bersiaran dengan baik.

Beliau berkata, seramai lima orang petugas RTM turut dihantar sebelum musim haji bermula bagi membuat rakaman lokasi menarik di Tanah Suci yang akan disiarkan dalam segmen 'Rehlah Haramain'.

(Penerbit Salam Baitullah 2023, Razliza Abd Razak)

"Pengisian pada tahun ini adalah bertemakan Arafah. Jadi kita ambik elemen-eleman yang berkaitan maksudnya kita hendak tumpukan lebih.

"Tahun ini apa yang cuba kita tampilkan kelainan mungkin orang tidak tahu ada sumber air zam-zam di Madinah jadi kita akan bawakan rakaman tersebut dan kita akan siarkan di Salam Baitullah nanti," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.

Bagi musim ini, segmen 'Rehlah Haramain' yang mula diperkenalkan pada musim lalu turut dijayakan dengan kerjasama rakan penaja, Jay Ibrahim Al-Islam.

"Jadi kita sangat berbesar hati, Jay ibrahim Al Islam sebagai rakan strategik dalam program Rehlah Salam Baitullah dan ini antara kita punya program yang kita bantu dan untuk semua rakyat Malaysia, Brunei, Singapore untuk kita bawak mereka ke tanah haram, insya-Allah," kata Jay Ibrahim.

Media Baharu