fb fb fb fb fb

TPM ucap Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha

KUALA LUMPUR, 4 Mei- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada penganut agama Buddha.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau mendoakan semoga sambutan Wesak pada tahun ni disambut dengan penuh rasa gembira dan nilai kasih sayang bersama keluarga.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi hantaran di Facebook berkata, sambutan Hari Wesak menandakan beruntungnya masyarakat Malaysia kerana dapat meraikan pelbagai perayaan dan kepelbagaian budaya dalam suasana aman harmoni.

Beliau mengajak masyarakat menghayati nilai toleransi, kasih sayang dan kemanusiaan dalam kehidupan.

(FOTO FB fadillahyusof194)

Tambah beliau, kesempatan ini juga perlu diambil untuk mengeratkan hubungan, baik sesama keluarga, sahabat handai dan masyarakat.

Beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada penganut Buddha di Malaysia.

Media Baharu