fb fb fb fb fb

KKR akan bincang dengan MOF tempoh pelaksanaan VOP

KUALA LUMPUR, 8 Februari- Kementerian Kerja Raya akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi melanjutkan tempoh pelaksanaan Perubahan Kadar Harga (VOP) sehingga Disember ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata, pihaknya juga akan memantau harga bahan binaan bagi mengelakkan kenaikan secara mendadak sekali gus mengurangkan beban kepada kontraktor kecil.

"Setakat ini ada empat senarai projek dan kita sudah pun membuat rayuan untuk ditambahkan senarai barang-barang yang boleh dimasukkan dalam kategori perubahan harga, itu yang pertama. yang kedua, tempoh waktu yang diberikan oleh MOF ialah sehingga Jun tahun ini, dan kita minta untuk dipertimbangkan supaya dipanjangkan dan dilanjutkan sehingga Disember tahun ini," kata Fadillah selepas menjadi tetamu dalam rakaman program Inklusif terbitan RTM.

Terdahulu, kerajaan telah melaksanakan semula Perubahan Kadar Harga (VOP) dalam kontrak kerja kerajaan.

Pelaksanaan tersebut dibuat selepas mendapat kelulusan Kementerian Kewangan dan tindakan itu diambil susulan kenaikan harga bahan binaan seperti pasir dan besi tetulang yang telah memberi kesan kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) sehingga menjejaskan kelancaran pembinaan projek kerajaan.

Media Baharu