fb fb fb fb fb

KKM syor individu berusia 50-59 tahun ambil dos penggalak kedua

KUALA LUMPUR, 19 Julai- Individu sihat berusia 50 hingga 59 tahun kini diberi pilihan untuk mendapatkan dos penggalak kedua vaksin COVID-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata syor terbaharu Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) Kementerian Kesihatan itu berdasarkan bukti saintifik.

Beliau berkata, pengambilan dos penggalak berkenaan adalah pilihan bagi melindungi kelompok terbabit daripada risiko penyakit teruk apabila dijangkiti COVID-19.


(Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin)

"Kementerian Kesihatan menggesa semua individu layak tampil dapatkan perkhidmatan ini supaya populasi Malaysia mendapat perlindungan optimum terhadap COVID-19", katanya di Dewan Rakyat.

Setakat semalam, 225,848 individu telah mendapat suntikan dos penggalak kedua vaksin COVID-19.

Mereka terdiri daripada individu berumur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi dan individu berumur 60 tahun ke atas tanpa komorbiditi serta mendapat saranan daripada pengamal perubatan.

Selain itu, mereka yang layak adalah warga emas yang tinggal di fasiliti penjagaan jangka panjang, individu berumur 18 hingga 59 tahun yang berisiko tinggi serta petugas barisan hadapan.

Media Baharu