fb fb fb fb fb

Kemajuan pembinaan pengangkutan awam negara setakat Jun lalu berjalan lancar - Wee

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 19 Julai - Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer yang menghubungkan negeri di Pantai Timur dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia mencapai kemajuan sebanyak 31.48 peratus setakat Jun lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata bagi projek MRT2 ataupun MRT Laluan Putrajaya yang menghubungkan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya pula telah mencapai kemajuan 98.4 peratus dan dijangka beroperasi pada Januari tahun depan.

Manakala projek MRT3 katanya masih di peringkat perincian aspek teknikal.

(Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)

"Pembinaan projek MRT3 akan melibatkan lima pakej kerja, yang terdiri daripada satu Perundingan Pengurusan Projek (PMC), tiga civil works (CMC) dan satu pakej system works.

"Pada masa ini, MRT Corp dalam proses melantik perunding pengurusan projek (PMC) serta tiga kontraktor bagi pakej civil works (CMC). Tender bagi pakej system works akan dibuka kelak. Semua usaha meningkatkan ketersambungan MRT akan memberi pilihan pengangkutan awam yang berkualiti kepada rakyat," katanya.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) ketika sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, di sini.

Sementara itu, mengenai cadangan perbincangan semula model baharu Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, Datuk Seri Wee Ka siong berkata perkara tersebut sedang diperhalusi bersama Menteri Pengangkutan Singapura.

"Susulan daripada itu, saya telah mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatan saya dari Singapura pada 16 Mei 2022 bagi memperhalusi cadangan tersebut," katanya.

Media Baharu