PORT DICKSON, 11 Jun - Kementerian Kesihatan (KKM) menyokong penuh usaha pihak swasta dalam menyediakan pusat rawatan dialisis bagi memudahkan pesakit menerima rawatan.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata ia berikutan kekangan slot dialisis di hospital kerajaan yang mampu menampung hanya 30 peratus daripada bilangan pesakit yang memerlukan rawatan dialisis di seluruh negara.
"Kita di peringkat kementerian, sekiranya pesakit-pesakit ini ada tajaan seperti hospital UCSI kita akan teruskan kerjasama ini dan InsyaAllah kita akan bersama mengimbangi dengan meminta bantuan daripada projek sebegini," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Hemodialisis Hospital UCSI dan Pelancaran Projek ADIC, di sini.
Tambah Zaliha, di Malaysia dianggarkan seramai 4.6 juta rakyat dengan nisbah satu daripada tujuh orang merupakan pesakit buah pinggang kronik.
Katanya, setakat Disember 2022 seramai 14,426 pesakit telah mendapatkan rawatan dialisis di fasiliti KKM dan 8,852 lagi menjalani rawatan repotimodialisis.